Friday 30 December 2011

KEMAHIRAN TATABAHASA

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN
ASPEK TATABAHASA

Objektif Aspek Tatabahasa
Objektif Aspek Tatabahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:
i.              memahami dan menggunakan kata nama am hidup manusia, kata nama khas hidup manusia dan kata ganti nama diri dengan betul mengikut konteks;
ii.             memahami dan menggunakan kata kerja  tunggal dan kata adjektif pancaindera dengan betul mengikut konteks;
iii.            memahami dan menggunakan kata hubung dan kata tanya dengan betul mengikut konteks;
iv.            memahami dan menggunakan imbuhan awalan dan imbuhan akhiran dengan betul mengikut konteks;
v.             memahami dan membina ayat dasar dengan betul mengikut konteks;dan
vi.            memahami dan membina ayat penyata menggunakan tanda baca yang betul mengikut konteks.


\








ASPEK TATABAHASA

STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama
         am hidup manusia dengan betul mengikut
         konteks.
5.1.2 Memahami dan menggunakan kata nama    
         khas hidup manusia dengan betul   
         mengikut konteks.

5.1.3 Memahami dan menggunakan kata ganti
         nama diri  dengan betul mengikut konteks.

5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja
         tunggal dengan betul mengikut konteks.

5.1.5 Memahami dan menggunakan kata
         adjektif  pancaindera dengan betul
         mengikut konteks.



5.1.6 Memahami dan menggunakan kata
         hubung dengan betul  mengikut konteks.

5.1.7 Memahami dan menggunakan kata tanya   
         dengan betul mengikut konteks.          
5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang sesuai dalam pelbagai situasi dengan betul.
5.2.1Memahami dan menggunakan  imbuhan
        awalan dan imbuhan akhiran dengan betul
        dalam pelbagai situasi
5.3 Memahami dan membina ayat yang betul dalam pelbagai  situasi.
5.3.1 Memahami dan membina ayat dasar
         menggunakan pola ayat  FN + FN, FN +   
         FK, FN + FA dan FN + FS dengan betul
         dalam pelbagai situasi.    
 5.3.2 Memahami dan membina ayat penyata   
          dengan menggunakan tanda baca yang
          betul mengikut konteks.

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA TAHUN 2
Mata pelajaran

Bahasa Malaysia
Kelas
2 Budiman
Bilangan murid
35 orang
Tema / Tajuk
Jati Diri – Sayangi Keluarga
Masa
8:30-9:30 pagi
Standard Pembelajaran
5.1.1
Memahami dan menggunakan kata nama am hidup manusia dengan betul mengikut konteks.
Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid berupaya menamakan lima daripada tujuh  kata nama am hidup manusia dengan betul dalam pelbagai keadaan.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
1.       Murid memerhati gambar yang dipaparkan melalui skrin besar.
2.       Murid menyatakan kata nama am hidup manusia di dalam gambar.
3.       Murid menamakan kata panggilan bagi ahli keluarga asas.
4.       Murid menyambung suku kata untuk membentuk perkataan kata nama am .
5.       Murid membaca perkataan kata nama am hidup manusia yang telah dibentuk.
6.       Murid mengisi tempat kosong berpandukan gambar.
Elemen Merentas Kurikulum - EMK
Nilai Murni : Kasih sayang
Keusahawanan
TMK             : Kemahiran berfikir
Bahan Bantu Belajar
BBB
LCD, lembaran kerja
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran
Murid menamakan kata nama am hidup manusia berdasarkan gambar yang ditayangkan.
Refleksi
30 daripada 35 orang murid telah mencapai objektif pembelajaran.
Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.
Murid yang telah menguasai akan diberi  latihan pengayaan.

KEMAHIRAN SENI BAHASA

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN
ASPEK SENI BAHASA

Objektif Aspek Seni Bahasa
Objektif  Aspek Seni Bahasa  adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:
      i.      menyebut dan memahami perkataan dalam seni kata lagu  melalui persembahan nyanyian dan gerak laku secara didik hibur;
     ii.      mengujarkan ayat  dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui penceritaan secara didik hibur;
    iii.      mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul  tentang sesuatu perkara   menggunakan bahasa badan dengan kreatif  melalui lakonan  secara didik hibur;dan
    iv.      melafazkan pantun dua kerat menggunakan bahasa yang indah dengan  intonasi yang betul dan  memahami maksud pantun  secara didik hibur.













ASPEK SENI BAHASA

STANDARD PEMBELAJARAN

 4.1.1  Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui  nyanyian secara didik hibur.
      Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui  nyanyian secara didik hibur
4.1.2     Memahami perkataan dalam seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku   secara didik hibur.
      Memahami perkataan dalam seni
      kata lagu melalui nyanyian dan
      Gerak laku   secara didik hibur
4.2.1     Mengujarkan ayat  dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tentang sesuatu  perkara  melalui  penceritaan secara  didik hibur.
      Mengujarkan ayat  dengan sebutan
      yang jelas dan intonasi yang betul
      tentang sesuatu  perkara  melalui
      penceritaan secara  didik hibur.
4.2.2     Mengujarkan ayat  dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas  tentang sesuatu perkara  serta menggunakan bahasa badan yang kreatif  melalui  penceritaan secara  didik hibur.
      Mengujarkan ayat  dengan sebutan
      dan intonasi yang betul dan jelas
      tentang sesuatu perkara  serta
      menggunakan bahasa badan yang
      kreatif  melalui  penceritaan secara 
      didik hibur
4.3.1     Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara  melalui  lakonan secara  didik hibur. 
      Mengujarkan dialog dengan
      sebutan dan intonasi yang betul dan
      Jelas  tentang sesuatu perkara
      melalui  lakonan secara  didik hibur
4.3.2   Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara  serta menggunakan bahasa badan dengan  kreatif melalui  lakonan secara  didik hibur. 
      Mengujarkan dialog dengan
      sebutan dan intonasi yang betul dan
     Jelas  tentang sesuatu perkara  serta
     menggunakan bahasa badan
     dengan  kreatif melalui  lakonan
     secara  didik hibur
4.4.1   Melafazkan  pantun dua kerat   dengan intonasi yang betul serta  memahami maksud pantun yang dilafaz menggunakan  bahasa yang indah  secara  didik hibur. 
Melafazkan  pantun dua kerat   dengan intonasi yang betul serta  memahami maksud pantun yang dilafaz menggunakan  bahasa yang indah  secara  didik hibur 



CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 2

Matapelajaran     : Bahasa Malaysia
Kelas                      : 2 Cemerlang
Tema / Tajuk       : Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan – Hari Kebangsaan
Masa                      : 10.00 – 11.00 Pagi
Standard Pembelajaran     : 4.1.2
Objektif                 : Pada akhir Pengajaran Dan Pembelajaran murid berupaya memahami dan menyatakan empat daripada enam maksud perkataan dalam senikata lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur.
Aktiviti Pengajaran             : 1) Murid dipertunjukkan bendera Malaysia
                                                 2) Murid  dan guru  berbual tentang bendera
                                                 3) Murid diperdengarkan lagu 31 Ogos
                                                 4) Murid  dan guru menyanyi bersama-sama
                                                 5) Murid dipamerkan senikata lagu
                                                 6) Murid dan guru bersoaljawab tentang maksud lagu dan perkataan bergaris
                                                 7) Murid menulis maksud perkataan
Elemen Merentas Kurikulum : Patriotisme
                                                           TMK- Komputer
                                                           KBT – Menjana idea
                                                          Ilmu – Muzik, Kajian Tempatan
BBM                                      : Bendera, slaid lagu, komputer riba
Penilaian P & P                    : Murid dapat mengenalpasti dan menulis  maksud perkataan dalam senikata        lagu 31 Ogos.                                                 
Refleksi                                 : Semua murid boleh mencapai objektif P & P.



KEMAHIRAN DENGAR DAN TUTUR


DENGAR TUTUR
OBJEKTIF KEMAHIRAN DENGAR TUTUR TAHUN DUA
Objektif  Standard Pembelajaran yang patut dipelajari oleh seluruh murid Tahun 2 di Malaysia ialah:
  1. mendengar, memahami, menyebut frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk  dengan betul dan tepat;
  2.  mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah jenis  silaan dan  ayat perintah jenis  larangan dengan betul;
  3. mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku berdasarkan pelbagai soalan bercapah  dan pesanan mengikut urutan yang betul;
  4. bertutur, berbual dan menyatakan permintaan menggunakan frasa yang betul, ayat yang mengandungi  kata panggilan bukan dalam kalangan keluarga asas dan kata ganti nama diri ketiga dengan betul   dalam situasi  tidak formal secara bertatasusila;
  5.  bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan  perkara yang didengar dengan tepat  menggunakan ayat  majmuk dengan sebutan yang jelas  dan  intonasi  yang betul; 
  6. vi. berbicara untuk mendapat dan menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada  pelbagai sumber  dengan tepat  menggunakan ayat  yang mengandungi  perkataan dan  rangkai kata yang sesuai  secara bertatasusila;
  7. vii.berbincang dan mengemukakan pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara  daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.





STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
1.2   Mendengar, mengecam, menyebut   bunyi    bahasa, iaitu   abjad, suku kata,  perkataan, frasa dan   ayat  dengan betul.
1.2.6   Mendengar, memahami, menyebut  frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk  dengan betul dan tepat.
1.3  Mendengar, memahami dan  memberi   respons terhadap sesuatu arahan, soalan  dan  pesanan yang didengar dengan  betul.
1.3.1   Mendengar,  memahami dan memberikan respons yang sesuai secara lisan atau gerak  laku   terhadap arahan berdasarkan  ayat  perintah jenis  silaan dan ayat perintah jenis  larangan dengan betul.
1.3.2   Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap    pelbagai  soalan  bercapah.



Mata Pelajaran                 : Bahasa Malaysia
Kelas                                                     : 2 Arif
Bilangan murid                  : 25 orang
Tema / Tajuk                                      : Jati Diri / Hidup Harmoni
Masa                                                     : 10.00 – 11.00 Pagi
Standard Pembelajaran                : 1.2.6                                                                                                                                                                                                                   
Objektif                                   : Murid berkeupayaan  mendengar dan menyebut lima ayat  tunggal berpandukan petikan yang diberikan.
Aktiviti Pengajaran                 :          1) Murid menyanyi lagu “Sayang Keluarga”
2) Murid dipertontonkan dengan beberapa slaid keluarga harmoni dan memberi idea tentang aktiviti yang sedang dilakukan.
                                                                    3) Seorang murid membaca petikan yang diberi sementara murid lain diminta mendengar dengan teliti.
                                                                    4) Murid bersoal jawab tentang nilai murni yang terdapat di dalam petikan.
                                                                    5) Murid mengecam dan garisi ayat tunggal dengan bimbingan guru.
                                                                    6) Murid menyebut semula ayat-ayat tunggal yang terdapat di dalam petikan.
                                                                    7) Murid menulis ayat tunggal yang terdapat di dalam petikan.
EMK                                         :  Ilmu  : Kajian Tempatan
                                                    Nilai : Kasih sayang, hormat-menghormati ,   Keusahawanan.
                                                    TMK : Slaid.

Bahan Bantu Belajar                           : 1. Lembaran kerja
                                                                      2. Slaid
Penilaian Pengajaran dan                 : Murid dapat  menyebut lima ayat tunggal.
Pembelajaran
Refleksi                                                    : 25 / 25 orang murid dapat menyebut lima ayat tunggal.




KEMAHIRAN MEMBACA

MEMBACA
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran Tahun 2
Penekanan Tahun 2
Ukuran Standard  Pencapaian Tahun 2
2.2   Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.

2.2.1  Membaca dan memahami  perkataan dalam ayat yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.
Baca dan faham ayat yang mengandungi  perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung.
Membaca dengan sebutan yang betul dan memahami ayat tersebut dengan betul.

2.2.2   Membaca dan memahami  frasa  dalam ayat yang mengandungi  perkataan   dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.
Baca dan faham frasa dalam ayat yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung.
Membaca dengan sebutan yang betul dan memahami dengan betul.

2.2.3   Membaca dan memahami  ayat majmuk  daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.
Baca dan faham ayat  majmuk daripada pelbagai bahan bacaan
Membaca dengan sebutan yang betul dan memahami dengan betul ayat yang dibaca.
2.3  Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan
lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
2.3.1   Membaca kuat  ayat  penyata dengan lancar, sebutan yang jelas, intonasi  yang betul dan berjeda.

Baca kuat ayat penyata .
Membaca  lancar dengan sebutan yang jelas, intonasi yang betul  dan berjeda.

Standard Kandungan
Standard Pembelajaran Tahun 2
Penekanan Tahun 2
Ukuran Standard  Pencapaian Tahun 2



2.3.2  Membaca kuat pelbagai jenis ayat dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca.
 Baca kuat pelbagai jenis ayat.

Membaca dengan lancar dan  sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca.
2.4  Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul.

2.4.1  Membaca dan memahami maklumat  untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dalam bahan multimedia dengan tepat.
Baca dan faham maklumat dan mengenal pasti  idea utama dan idea sampingan dalam bahan multimedia.
Membaca, memahami dan mengenal pasti  idea utama dan idea sampingan dengan tepat.

2.4.2  Membaca dan memahami maklumat daripada  bahan multimedia untuk menyatakan maklumat mengikut urutan dengan betul.
 Baca dan faham maklumat dalam bahan multimedia dan menyatakan maklumat mengikut urutan.
Membaca dan  memahami maklumat dengan betul dan menyatakannya  mengikut urutan yang betul.

2.4.3  Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dengan tepat daripada pelbagai bahan multimedia yang sesuai.
Baca dan faham maklumat yang  tersurat daripada pelbagai bahan multimedia yang sesuai.
Membaca dan memahami maklumat   dengan tepat .
2.5  Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan.
2.5.1  Membaca,  memahami dan menaakul bahan grafik yang mempunyai perkataan dengan betul.
Bahan, faham dan menaakul bahan grafik  yang mengandungi perkataan.
Membaca,  memahami dan menaakul  dengan betul.



Standard Kandungan
Standard Pembelajaran Tahun 2
Penekanan Tahun 2
Ukuran Standard  Pencapaian Tahun 2

2.5.2  Membaca,  memahami dan menaakul bahan grafik dan bukan bahan grafik dengan betul.
Baca, faham dan menaakul bahan grafik  dan bukan bahan grafik.
Membaca, memahami  dan menaakul   bahan dengan betul.

2.5.3  Membaca, memahami  dan menaakul bukan bahan grafik untuk memindahkan maklumat kepada bentuk grafik serta ayat dengan betul.
Baca, faham dan menaakul bahan bukan grafik  untuk memindahkan maklumat kepada bentuk grafik serta ayat.
Membaca, memahami,  menaakul dan memindahkan maklumat dengan betul.
2.6  Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca.
2.6.1  Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran bacaan.
Baca pelbagai bahan sastera yang sesuai untuk menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran bacaan.
Membaca bahan kreatif dengan lancar dan memahami serta menguasai kosa kata.

2.6.2  Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan berbentuk didik hibur untuk menambah ilmu dan kosa kata.
Baca pelbagai bahan bacaan  yang sesuai untuk menambah ilmu dan kosa kata.
Membaca bahan bacaan  dan memahami ilmu yang ada serta menguasai kosa kata .




CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 2
Mata pelajaran
Bahasa Melayu
Kelas
2 Ibnu Qaiyyim
Tema / Tajuk
Alam Fauna/ Binatang- binatang Peliharaan
Masa
8.00 – 9.00 pagi
Standard Pembelajaran

2.2.1   Membaca danmemahami perkataan dalam ayat tunggal yang mengandungi dua atau tiga suku kata,
            diftong,vocal berganding,diagraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.
objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran murid murid mengetahui dan berupaya membaca 6 daripada 10 perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata dengan sebutan yang betul.
Aktiviti Pembelajaran

1.Murid melihat gambar yang dipaparkan oleh guru dan menamakan haiwan.
2.Murid dibimbing oleh guru mengeja nama-nama haiwan yang dipaparkan.
3. Murid membaca perkataan secara individu dan kelas.
4.  Murid dibimbing oleh guru membaca ayat-ayat tunggal secara berkumpulan.
5.  Murid membaca ayat-ayat tunggal secara individu
6. Murid diminta melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
Nilai murni          -  Kasih Sayang
Keusahawanan   -  Berniaga
TMK                        -  Komputer
Bahan Bantu Belajar
Slaid, Lembaran Kerja
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran
murid membaca ayat tunggal.

Refleksi

30 daripada 34 orang murid menguasai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Empat orang murid yang tidak menguasai dibimbing oleh guru.
Murid yang telah menguasai diberikan latihan pengayaan.