DENGAR TUTUR
OBJEKTIF KEMAHIRAN DENGAR TUTUR TAHUN DUA
Objektif Standard Pembelajaran yang patut dipelajari oleh seluruh murid Tahun 2 di Malaysia ialah:
- mendengar, memahami, menyebut frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul dan tepat;
- mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah jenis silaan dan ayat perintah jenis larangan dengan betul;
- mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku berdasarkan pelbagai soalan bercapah dan pesanan mengikut urutan yang betul;
- bertutur, berbual dan menyatakan permintaan menggunakan frasa yang betul, ayat yang mengandungi kata panggilan bukan dalam kalangan keluarga asas dan kata ganti nama diri ketiga dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila;
- bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan perkara yang didengar dengan tepat menggunakan ayat majmuk dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;
- vi. berbicara untuk mendapat dan menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat menggunakan ayat yang mengandungi perkataan dan rangkai kata yang sesuai secara bertatasusila;
- vii.berbincang dan mengemukakan pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.
STANDARD KANDUNGAN | STANDARD PEMBELAJARAN |
1.2 Mendengar, mengecam, menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul. | 1.2.6 Mendengar, memahami, menyebut frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul dan tepat. |
1.3 Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul. | 1.3.1 Mendengar, memahami dan memberikan respons yang sesuai secara lisan atau gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah jenis silaan dan ayat perintah jenis larangan dengan betul. |
1.3.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan bercapah. |
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Kelas : 2 Arif
Bilangan murid : 25 orang
Tema / Tajuk : Jati Diri / Hidup Harmoni
Masa : 10.00 – 11.00 Pagi
Standard Pembelajaran : 1.2.6
Objektif : Murid berkeupayaan mendengar dan menyebut lima ayat tunggal berpandukan petikan yang diberikan.
Aktiviti Pengajaran : 1) Murid menyanyi lagu “Sayang Keluarga”
2) Murid dipertontonkan dengan beberapa slaid keluarga harmoni dan memberi idea tentang aktiviti yang sedang dilakukan.
3) Seorang murid membaca petikan yang diberi sementara murid lain diminta mendengar dengan teliti.
4) Murid bersoal jawab tentang nilai murni yang terdapat di dalam petikan.
5) Murid mengecam dan garisi ayat tunggal dengan bimbingan guru.
6) Murid menyebut semula ayat-ayat tunggal yang terdapat di dalam petikan.
7) Murid menulis ayat tunggal yang terdapat di dalam petikan.
EMK : Ilmu : Kajian Tempatan
Nilai : Kasih sayang, hormat-menghormati , Keusahawanan.
TMK : Slaid.
Bahan Bantu Belajar : 1. Lembaran kerja
2. Slaid
Penilaian Pengajaran dan : Murid dapat menyebut lima ayat tunggal.
Pembelajaran
Refleksi : 25 / 25 orang murid dapat menyebut lima ayat tunggal.
No comments:
Post a Comment