STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN
ASPEK TATABAHASA
Objektif Aspek Tatabahasa
Objektif Aspek Tatabahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:
i. memahami dan menggunakan kata nama am hidup manusia, kata nama khas hidup manusia dan kata ganti nama diri dengan betul mengikut konteks;
ii. memahami dan menggunakan kata kerja tunggal dan kata adjektif pancaindera dengan betul mengikut konteks;
iii. memahami dan menggunakan kata hubung dan kata tanya dengan betul mengikut konteks;
iv. memahami dan menggunakan imbuhan awalan dan imbuhan akhiran dengan betul mengikut konteks;
v. memahami dan membina ayat dasar dengan betul mengikut konteks;dan
vi. memahami dan membina ayat penyata menggunakan tanda baca yang betul mengikut konteks.
\
ASPEK TATABAHASA
STANDARD KANDUNGAN | STANDARD PEMBELAJARAN |
5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks. | 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am hidup manusia dengan betul mengikut konteks. |
5.1.2 Memahami dan menggunakan kata nama khas hidup manusia dengan betul mengikut konteks. | |
| 5.1.3 Memahami dan menggunakan kata ganti nama diri dengan betul mengikut konteks. |
| 5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja tunggal dengan betul mengikut konteks. |
| 5.1.5 Memahami dan menggunakan kata adjektif pancaindera dengan betul mengikut konteks. |
| 5.1.6 Memahami dan menggunakan kata hubung dengan betul mengikut konteks. |
| 5.1.7 Memahami dan menggunakan kata tanya dengan betul mengikut konteks. |
5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang sesuai dalam pelbagai situasi dengan betul. | 5.2.1Memahami dan menggunakan imbuhan awalan dan imbuhan akhiran dengan betul dalam pelbagai situasi |
5.3 Memahami dan membina ayat yang betul dalam pelbagai situasi. | 5.3.1 Memahami dan membina ayat dasar menggunakan pola ayat FN + FN, FN + FK, FN + FA dan FN + FS dengan betul dalam pelbagai situasi. |
5.3.2 Memahami dan membina ayat penyata dengan menggunakan tanda baca yang betul mengikut konteks. |
CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA TAHUN 2
Mata pelajaran | Bahasa Malaysia |
Kelas | 2 Budiman |
Bilangan murid | 35 orang |
Tema / Tajuk | Jati Diri – Sayangi Keluarga |
Masa | 8:30-9:30 pagi |
Standard Pembelajaran | 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am hidup manusia dengan betul mengikut konteks. |
Objektif | Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid berupaya menamakan lima daripada tujuh kata nama am hidup manusia dengan betul dalam pelbagai keadaan. |
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | 1. Murid memerhati gambar yang dipaparkan melalui skrin besar. 2. Murid menyatakan kata nama am hidup manusia di dalam gambar. 3. Murid menamakan kata panggilan bagi ahli keluarga asas. 4. Murid menyambung suku kata untuk membentuk perkataan kata nama am . 5. Murid membaca perkataan kata nama am hidup manusia yang telah dibentuk. 6. Murid mengisi tempat kosong berpandukan gambar. |
Elemen Merentas Kurikulum - EMK | Nilai Murni : Kasih sayang Keusahawanan TMK : Kemahiran berfikir |
Bahan Bantu Belajar BBB | LCD, lembaran kerja |
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran | Murid menamakan kata nama am hidup manusia berdasarkan gambar yang ditayangkan. |
Refleksi | 30 daripada 35 orang murid telah mencapai objektif pembelajaran. Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan. Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan. |
No comments:
Post a Comment