STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN
ASPEK SENI BAHASA
Objektif Aspek Seni Bahasa
Objektif Aspek Seni Bahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:
i. menyebut dan memahami perkataan dalam seni kata lagu melalui persembahan nyanyian dan gerak laku secara didik hibur;
ii. mengujarkan ayat dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui penceritaan secara didik hibur;
iii. mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur;dan
iv. melafazkan pantun dua kerat menggunakan bahasa yang indah dengan intonasi yang betul dan memahami maksud pantun secara didik hibur.
ASPEK SENI BAHASA
STANDARD PEMBELAJARAN | |
4.1.1 Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui nyanyian secara didik hibur. | Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui nyanyian secara didik hibur |
4.1.2 Memahami perkataan dalam seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur. | Memahami perkataan dalam seni kata lagu melalui nyanyian dan Gerak laku secara didik hibur |
4.2.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara melalui penceritaan secara didik hibur. | Mengujarkan ayat dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara melalui penceritaan secara didik hibur. |
4.2.2 Mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui penceritaan secara didik hibur. | Mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui penceritaan secara didik hibur |
4.3.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara melalui lakonan secara didik hibur. | Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan Jelas tentang sesuatu perkara melalui lakonan secara didik hibur |
4.3.2 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur. | Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan Jelas tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur |
4.4.1 Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul serta memahami maksud pantun yang dilafaz menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur. | Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul serta memahami maksud pantun yang dilafaz menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur |
CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 2
Matapelajaran : Bahasa Malaysia
Kelas : 2 Cemerlang
Tema / Tajuk : Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan – Hari Kebangsaan
Masa : 10.00 – 11.00 Pagi
Standard Pembelajaran : 4.1.2
Objektif : Pada akhir Pengajaran Dan Pembelajaran murid berupaya memahami dan menyatakan empat daripada enam maksud perkataan dalam senikata lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur.
Aktiviti Pengajaran : 1) Murid dipertunjukkan bendera Malaysia
2) Murid dan guru berbual tentang bendera
3) Murid diperdengarkan lagu 31 Ogos
4) Murid dan guru menyanyi bersama-sama
5) Murid dipamerkan senikata lagu
6) Murid dan guru bersoaljawab tentang maksud lagu dan perkataan bergaris
7) Murid menulis maksud perkataan
Elemen Merentas Kurikulum : Patriotisme
TMK- Komputer
KBT – Menjana idea
Ilmu – Muzik, Kajian Tempatan
BBM : Bendera, slaid lagu, komputer riba
Penilaian P & P : Murid dapat mengenalpasti dan menulis maksud perkataan dalam senikata lagu 31 Ogos.
Refleksi : Semua murid boleh mencapai objektif P & P.
No comments:
Post a Comment