Friday 30 December 2011

KEMAHIRAN MEMBACA

MEMBACA
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran Tahun 2
Penekanan Tahun 2
Ukuran Standard  Pencapaian Tahun 2
2.2   Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.

2.2.1  Membaca dan memahami  perkataan dalam ayat yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.
Baca dan faham ayat yang mengandungi  perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung.
Membaca dengan sebutan yang betul dan memahami ayat tersebut dengan betul.

2.2.2   Membaca dan memahami  frasa  dalam ayat yang mengandungi  perkataan   dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.
Baca dan faham frasa dalam ayat yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung.
Membaca dengan sebutan yang betul dan memahami dengan betul.

2.2.3   Membaca dan memahami  ayat majmuk  daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.
Baca dan faham ayat  majmuk daripada pelbagai bahan bacaan
Membaca dengan sebutan yang betul dan memahami dengan betul ayat yang dibaca.
2.3  Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan
lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
2.3.1   Membaca kuat  ayat  penyata dengan lancar, sebutan yang jelas, intonasi  yang betul dan berjeda.

Baca kuat ayat penyata .
Membaca  lancar dengan sebutan yang jelas, intonasi yang betul  dan berjeda.

Standard Kandungan
Standard Pembelajaran Tahun 2
Penekanan Tahun 2
Ukuran Standard  Pencapaian Tahun 2



2.3.2  Membaca kuat pelbagai jenis ayat dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca.
 Baca kuat pelbagai jenis ayat.

Membaca dengan lancar dan  sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca.
2.4  Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul.

2.4.1  Membaca dan memahami maklumat  untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dalam bahan multimedia dengan tepat.
Baca dan faham maklumat dan mengenal pasti  idea utama dan idea sampingan dalam bahan multimedia.
Membaca, memahami dan mengenal pasti  idea utama dan idea sampingan dengan tepat.

2.4.2  Membaca dan memahami maklumat daripada  bahan multimedia untuk menyatakan maklumat mengikut urutan dengan betul.
 Baca dan faham maklumat dalam bahan multimedia dan menyatakan maklumat mengikut urutan.
Membaca dan  memahami maklumat dengan betul dan menyatakannya  mengikut urutan yang betul.

2.4.3  Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dengan tepat daripada pelbagai bahan multimedia yang sesuai.
Baca dan faham maklumat yang  tersurat daripada pelbagai bahan multimedia yang sesuai.
Membaca dan memahami maklumat   dengan tepat .
2.5  Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan.
2.5.1  Membaca,  memahami dan menaakul bahan grafik yang mempunyai perkataan dengan betul.
Bahan, faham dan menaakul bahan grafik  yang mengandungi perkataan.
Membaca,  memahami dan menaakul  dengan betul.



Standard Kandungan
Standard Pembelajaran Tahun 2
Penekanan Tahun 2
Ukuran Standard  Pencapaian Tahun 2

2.5.2  Membaca,  memahami dan menaakul bahan grafik dan bukan bahan grafik dengan betul.
Baca, faham dan menaakul bahan grafik  dan bukan bahan grafik.
Membaca, memahami  dan menaakul   bahan dengan betul.

2.5.3  Membaca, memahami  dan menaakul bukan bahan grafik untuk memindahkan maklumat kepada bentuk grafik serta ayat dengan betul.
Baca, faham dan menaakul bahan bukan grafik  untuk memindahkan maklumat kepada bentuk grafik serta ayat.
Membaca, memahami,  menaakul dan memindahkan maklumat dengan betul.
2.6  Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca.
2.6.1  Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran bacaan.
Baca pelbagai bahan sastera yang sesuai untuk menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran bacaan.
Membaca bahan kreatif dengan lancar dan memahami serta menguasai kosa kata.

2.6.2  Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan berbentuk didik hibur untuk menambah ilmu dan kosa kata.
Baca pelbagai bahan bacaan  yang sesuai untuk menambah ilmu dan kosa kata.
Membaca bahan bacaan  dan memahami ilmu yang ada serta menguasai kosa kata .




CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 2
Mata pelajaran
Bahasa Melayu
Kelas
2 Ibnu Qaiyyim
Tema / Tajuk
Alam Fauna/ Binatang- binatang Peliharaan
Masa
8.00 – 9.00 pagi
Standard Pembelajaran

2.2.1   Membaca danmemahami perkataan dalam ayat tunggal yang mengandungi dua atau tiga suku kata,
            diftong,vocal berganding,diagraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.
objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran murid murid mengetahui dan berupaya membaca 6 daripada 10 perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata dengan sebutan yang betul.
Aktiviti Pembelajaran

1.Murid melihat gambar yang dipaparkan oleh guru dan menamakan haiwan.
2.Murid dibimbing oleh guru mengeja nama-nama haiwan yang dipaparkan.
3. Murid membaca perkataan secara individu dan kelas.
4.  Murid dibimbing oleh guru membaca ayat-ayat tunggal secara berkumpulan.
5.  Murid membaca ayat-ayat tunggal secara individu
6. Murid diminta melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
Nilai murni          -  Kasih Sayang
Keusahawanan   -  Berniaga
TMK                        -  Komputer
Bahan Bantu Belajar
Slaid, Lembaran Kerja
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran
murid membaca ayat tunggal.

Refleksi

30 daripada 34 orang murid menguasai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Empat orang murid yang tidak menguasai dibimbing oleh guru.
Murid yang telah menguasai diberikan latihan pengayaan.


No comments:

Post a Comment